mengenai burung swiftlet


aerodramus.com
Burung Swiftlets terdapat di dalam empat jenis iaitu Aerodramus, Hydrochous, Schoutedenapus dan yang tinggal ialah spesis collocalia. Di Indonesia Swiftlets dikenali sebagai Walet. Spesis ini juga dikenali sebagai Collocalia. Spesis ini tinggal di kawasan pesisir Tropika. Collocalia mempunyai sayap yang kecil dan panjang untuk membolehkan ia terbang dengan pantas, dan mempunyai paruh yang kecil yang dikelilingi bulu-bulu pendek untuk menangkap serangga yang berterbangan.
Satu fakta yang menarik mengenai burung ini, mengapa ia harus di perolehi kerana sarangnya boleh digunakan untuk membuat sup sarang burung. Semasa musim membiak, spesis ini akan menambahkan kelenjar air liurnya untuk menghasilkan air liur yang istimewa yang boleh melekit untuk membaluti ranting-ranting kecil dan bersama-sama bahan lain untuk membina sarang.
mengenai sarang burung
Di dalam masyarakat cina mereka beranggapan sarang burung merupakan tonik kesihatan yang efektif. Sarang ini dihasilkan oleh swifts(burung) yang mengeluarkan hasil dalam bentuk gel yang kaya dengan tenaga.Para penyelidik moden telah mendapati ianya mengandungi kualiti kesihatan. Sarang burung ialah datang dari lelangit burung layang-layang, yang mengandungi makanan penyubur yang tinggi dimana masyarakat cina memanggilnya “kesan keremajaan”. Para saintis moden telah membantu para golongan tua untuk mempercayai bahawa sarang burung mengandungi protein (penting dalam hidup), vitamin dan pelbagai kandungan mineral.
Kajian mendapati sarang burung mengandungi faktor pertumbuhan epidermal. Dengan ini menjelaskan kepada kita, pengamal herba cina selalu memilih sarang burung untuk mengubati penyakit tumbesaran terbantut dan tidak subur.
Kajian penyelidik makmal juga mendapati sarang burung mengandungi glyco-protein dan penyerapan untuk sistem immunisasi. Penemuan kini menyokong dan menguatkan lagi bahawa sarang burung menggalakkan pertumbuhan dan pembaikan tissue badan.Bukan itu sahaja, sarang burung menguatkan lagi antibodi melawan penyakit.
sarang burung untuk penjagaan kesihatan
Masyarakat Cina mempercayai bahawa setiap kepingan air liur begitu kaya dengan protein dan vitamin. Kaum perempuan beranggapan,sarang burung adalah salah satu ramuan kecantikan. mereka juga percaya bahawa kandungan protein dan vitamin yang terdapat pada sarang burung boleh membantu melicinkan kulit dan awet muda.Sarang Burung juga baik untuk paru-paru,penghadaman dan membantu melindungi kekeringan menyeluruh semasa menjana sistem imunisasi.

Post Author: admin